PP Batu Pahat Dalam OUM Today (#81)

Isnin 18 April 2011 Pusat Pembelajaran Batu Pahat merupakan pusat pembelajaran OUM yang kedua dibuka di Johor. Ia telah dilancarkan pada bulan Disember 2010 yang lepas, iaitu sebagai memenuhi keperluan dan permintaan pelajar-pelajar khususnya di bahagian utara negeri Johor (Batu Pahat, Kluang, Muar, Ledang, Segamat serta kawasan-kawasan berdekatan lain). Rekabentuknya yang canggih telah mendapat pengiktirafan oleh Institut Arkitek Malaysia (Kategori Bangunan Komersial) Tahun 2007. OUMjohor berharap dengan pembukaan PP Batu Pahat ini, para pelajar akan terus bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam menyempurnakan pengajian masing-masing. Untuk mengikuti maklumat lanjut mengenainya, sila klik di sini.

No comments:

Post a Comment