Sekilas

 

Pengenalan
Open University Malaysia (OUM) atau nama asalnya Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Dimiliki oleh Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn Bhd (METEOR), sebuah konsortium milik penuh 11 buah universiti awam terawal di Malaysia. Ditubuhkan pada 10 Ogos 2000, dan dilancarkan secara rasminya pada 26 Ogos 2002 oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. OUM adalah merupakan IPTS ke-7 yang ditubuhkan di negara ini, tetapi merupakan pelopor dalam pembelajaran terbuka dan jarak jauh (open and distance learning). Di samping itu, OUM amat menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning), melalui pelbagai teknik pembelajaran dewasa (Andragogy) yang kini nyata diterima ramai.  

Motto  
Universiti Untuk Semua

Visi
Menjadi Peneraju Dan Pelopor Dalam Pembelajaran Fleksibel.

Misi
Untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat dengan memanfaatkan teknologi, menerima pakai mod pembelajaran fleksibel, dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menarik pada kos yang berdaya saing dan mampu.

Nilai Bersama 
Intergriti, Profesionalisme, Penyayng, Kerja Berpasukan dan Berinovasi

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila klik di sini.