Taklimat EPiC Untuk Pelajar


Sabtu 10 Mac 2012 | Berikutan pelaksanaan Educational Portal for Internet Courses (EpiC) terhadap beberapa subjek kendalian Fakulti Pendidikan & Bahasa, pihak OUMJohor telah mengadakan sesi taklimat khas kepada semua pelajar yang berkenaan. Sesi-sesi taklimat tersebut telah dikendalikan oleh beberapa orang Tutor yang telah dilantik. Untuk permulaan, subjek HBEF2703 Co-curricullum telah menggunakan pendekatan EPiC ini. Sementara itu, hampir 200 orang pelajar baru telah hadir ke sesi tersebut. Rata-rata di kalangan mereka berpendapat bahawa sesi taklimat ini amat-amat diperlukan, memandangkan selepas ini (untuk tempoh dua semester), subjek ini akan dikendalikan sepenuhnya menggunakan sistem atas talian/online. 

No comments:

Post a Comment