Ahad 25 Mac 2012 | OUM Johor telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 2012/1433H Peringkat OUM Johor, bertempat di Pusat Pembelajaran Batu Pahat. Majlis dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Encik Abdul Rahim Mohamed Amin, Pengarah OUM Johor. Seterusnya, Ceramah Khas telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Assubhi Sidon, Iman Masjid Jamek Batu Pahat. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Encik Mohd Lokman Abdullah, Timbalan Pengarah OUM Johor, Puan Nur Aniza Zainal, Eksekutif Kanan OUM Johor, Tutor-tutor, Wakil Kelab Pelajar OUM Johor, serta pelajar-pelajar. Selepas sesi ceramah, sidang hadirin telah dijamukan dengan "hidangan rasmi" Batu Pahat, iaitu Nasi Beriani. Semoga majlis yang diadakan tersebut dapat memberikan manafaat kepada semua yang hadir.
No comments:
Post a Comment