Sambutan Gong Xi Fa Cai

Ahad 24 Februari 2013 | Kelab Pelajar Dan Alumni OUM Johor dengan kerjasama pihak pengurusan Open University Malaysia - Johor telah menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina. Bertempat di Ruang Legar, Aras Bawah PP Johor, acara dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Encik Abdul Rahim Mohamed Amin (Pengarah). Antara intipati ucapan beliau ialah harapan pihak Universiti agar dengan kedatangan Tahun Ular Air pada tahun ini, seluruh pelajar berbangsa Cina di OUM Johor akan mendapat kesejahteraan yang berpanjangan dalam hidup mereka. Kemudian, Pengarah bersama dengan hadirin telah melakukan "lo-hei" dengan penuh ceria. Sambil menikmati jamuan yang disediakan, beberapa orang pelajar yang bertuah turut menerima "angpow" daripada Encik Abdul Rahim. Gong Xi Fa Cai!


No comments:

Post a Comment