Prebiu Kemasukan - PPAD Kulaijaya

Selasa 5 Februari 2013 | Pihak PP Johor telah mengadakan sesi Prebiu Kemasukan di Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kulaijaya. Encik Abdul Rahim Mohamed Amin (Pengarah) dan dibantu oleh Encik Mohd Lokman Abdullah telah mengendalikan sesi berkenaan, bertempat di Dewan Sekolah Agama Bandar Kulai 2. Seramai 18 orang guru KAFA Daerah Kulaijaya telah hadir mengikuti taklimat itu. Selain daripada sesi penerangan, bakal-bakal pelajar turut mengemukakan pelbagai pertanyaan mengenai peluang mereka melanjutkan pengajian ke OUM. Sesi berkenaan turut dihadiri oleh Ustaz Haji Abdul Salam Ali (Pegawai Pendidikan Agama Daerah) dan Ustaz Haji Amir Kasman (Penolong Pegawai Pendidikan Agama Daerah) serta Ustaz Hafiz (Penyelaras Guru KAFA). Jika tiada aral melintang, sesi pengisian borang permohonan, penyerahan dokumen serta penawaran surat tawaran belajar akan dilaksanakan dengan kadar secepat mungkin. Diharapkan dengan usaha ini, calon-calon pelajar mendapat peluang terbaik untuk menlanjutkan pendidikan mereka; selain secara tidak langsung membantu menambah bilangan pelajar baru di PP Johor.

No comments:

Post a Comment