Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 Zon 11

Sabtu 13 April 2013 | Open International College (IOC) sebuah Kolej Kersekutu kepada Open University Malaysia telah menyertai Karnival Pengajian Tinggi Negara Kali Ke-9 Tahun 2013 Zon 11 bertempat di Persada Johor. Program ini telah dihadiri oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Petugas IOC terdiri daripada Prof Madya Dr Siti Aishah Hashim Ali, Encik Mohamad Fauzi Hassan dan Encik Zul Azri Sharim. Bagi tujuan membantu dalam melaksanakan aktiviti promosi dan pemasaran program-program pengajian IOC, staf-staf Pusat Pembelajaran Johor turut hadir secara bergilir-gilir bertugas. Semoga penglibatan IOC dalam program ini akan memperkenalkan lagi IOC ke dalam industri pendidikan tinggi swasta negara. 


No comments:

Post a Comment