Learning Is Fun - Mersing/Endau

Sabtu 6 April 2013 | Pusat Komunikasi Korporat, Open University Malaysia dan Pusat Pembelajaran Johor, telah menganjurkan program Learning Is Fun, sebuah program corporate social responbility (CSR). Ia dilaksanakan dengan melibatkan beberapa buah sekolah rendah dalam seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Mersing (Zon Endau). Antara sekolah-sekolah terlibat ialah Bandar Endau, Chiao Ching, Tanjung Resang, Teriang, Labong, Penyabong, Lembaga Endau dan Pusat Air Tawar. Program telah dihadiri oleh 53 orang peserta, terdiri daripada murid-murid Tahun 4 dan 5. Antara pengisian yang telah diikuti peserta ialah Ice-breaking, Fun Mathematics dan Fun Documentary. Selain staf Universiti, pelaksanaan program turut dibantu oleh 10 orang Fasilitator yang terdiri daripada guru-guru pengiring daripada kesemua sekolah yang terbabit. Pada akhir program, pihak PPD Mersing telah menzahirkan kegembiraan mereka di atas pemilihan sekolah-sekolah Zon Endau bagi mengikuti program ini. Diharapkan dengan kejayaan melaksanakan program ini; idea, kreativiti dan kebolehan murid-murid tersebut khususnya dalam Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik akan terus dipertingkatkan, selaras dengan hasrat Dasar Pendidikan Nasional untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan berktrampilan.



No comments:

Post a Comment