Putra Brand Awards 2013 - Bronze

Jumaat 3 Mei 2013 | Association Of Accredited Advertising Agents (AAAA) Malaysia telah mengumumkan senarai penerima bagi Putra Brand Awards 2013. Anugerah ini diadakan adalah bagi memberikan penarafan terhadap kualiti perkhidmatan samada Emas (Gold), Perak (Silver) atau Bronze (Gangsa) kepada pelbagai institusi mengikut kategori masing-masing. Dan pada tahun ini, OUM sangat berbangga kerana telah diberikan penarafan Bronze bagi kategori Education & Learning (sumber  www.aaaa.org.my). Dengan kejayaan ini, ia secara tidak langsung telah meningkatkan lagi jenama OUM dalam industri pendidikan tinggi negara. Sesungguhnya, kejayaan ini pastinya tidak akan dapat diraih tanpa sokongan dan kerja keras setiap warga kerjanya. Tahniah kepada semua staf, kejayaan ini milik kita bersama!


No comments:

Post a Comment