Seminar Pendidikan Islam dan Previu PPAD Muar

Jumaat 10 Mei 2013 | Susulan daripada Seminar Pendidikan Islam yang diadakan pada 22hb April 2013, satu sesi pendaftaran terbuka dan previu khas kepada guru-guru yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah dan Diploma Pengajian Islam telah diadakan pada 10hb Mei 2013 yang lalu. Sesi previu ini dimulakan dengan sesi taklimat berkenaan program ditawarkan di Pusat Pembelajran Batu Pahat, Open University Malaysia oleh Timbalan Pengarah PP Batu Pahat, Cik. Normila Mohd Sarip. Sesi Pendaftaran terbuka dibuat setelah selesai sesi taklimat dan soal jawab. Program ini diadakan selama setengah hari dan tamat pada pukul 12.00 tengahari.PP Batu Pahat mengucapkan berbanyak terima kasih kepada PPAD Muar kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik sewaktu Seminar dan Sesi Previu dan Pendaftaran terbuka diadakan.

No comments:

Post a Comment