Hari Terbuka OUM Johor Bersama Menteri Pengajian Tinggi

Sabtu 12 November 2011Bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di OUMJohor, Pusat Pembelajaran Johor Bahru, Program Hari Terbuka OUMJohor Bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah diadakan. Acara perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Turut hadir memeriahkan acara adalah YBhg Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali, Presiden/Naib Canselor OUM, serta kesemua GMC Kumpulan Meteor. Pelbagai acara menarik telah dilaksanakan. Antaranya ialah Ceramah Khas oleh Datuk Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, Angkasawan Negara. Selain itu, prebiu Program Pembelajaran Sepanjang Hayat oleh Institute of Professional Development (IPD) OUM turut diadakan. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak turut diadakan. Sambutan meriah daripada warga kerja OUMJohor, para tetamu serta masyarakat setempat amat-amat dihargai. Terima kasih untuk semua!


No comments:

Post a Comment