Karnival Sukan OUM Wilayah Selatan 2012

Jumaat 17 Februari 2012 | OUM Johor telah menganjurkan Karnival Sukan OUM Wilayah Selatan Tahun 2012 selama dua hari berturut-turut. Program ini merupakan anjuran bersama dengan Pusat Pengurusan Pelajar (CSM) OUM Kuala Lumpur. Program ini telah mendapat kerjasama dan penyertaan daripada OUM Melaka dan OUM Negeri Sembilan. Objektif pelaksanaan program ini ialah untuk (i) memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar-pelajar, (ii) mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dengan tubuh badan yang cergas, (iii) menjadi platform utama dalam mencungkil bakat dan potensi pelajar khususnya untuk mewakili universiti, serta (iv) mewujudkan jalinan setiakawan dan silaturrahim di antara pelajar dan staf-staf universiti. Antara jenis sukan yang dipertandingkan ialah Futsal (Lelaki/Wanita), Bola Jaring, Bowling (Terbuka), Dart (Terbuka), Karom (Terbuka) dan Ping Pong (Terbuka). Keputusan keseluruhan; Pasukan Paling "Sporting" ialah OUM Negeri Sembilan, Pasukan "Fairplay" ialah OUM Melaka, dan Pasukan Juara Keseluruhan ialah OUM Johor! Tahniah kepada menang! Semoga aktiviti kesukanan sebegini akan dapat merapatkan hubungan antara OUM dan para pelajarnya. Sukan untuk semua!

No comments:

Post a Comment