Sambutan Aidilfitri 2011

Ahad 25 September 2011 | Bersempena dengan kemeriahan bulan Syawal, OUMJohor dengan kerjasama Kelab Pelajar OUM Johor telah mengadakan Sambutan Aidilfitri Peringkat OUMJohor, bermula jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Perasmian sambutan telah disempurnakan oleh Encik Abdul Rahim Mohamed Amin, Pengarah OUMJohor. Para fasilitator, tutor, pelajar,  staf dan masyarakat setempat telah dijemput hadir. Selain daripada jamuan, OUMJohor turut mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan-golongan kurang bernasib baik dari kawasan sekitar Johor Bahru (melibatkan anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal). Di samping itu, OUMJohor turut menyampaikan cek pampasan kepada waris pelajar OUMJohor yang terlibat dalam kecelakaan. OUMJohor mengharapkan semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan seluruh warganya, termasuklah masyarakat setempatnya. Apa yang menarik, kehadiran tidak hanya melibatkan warga OUM dari kalangan kaum Muslim sahaja, tetapi turut dihadiri oleh kaum Cina, India dan lain-lain. Kepada semua, diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!

No comments:

Post a Comment