Sukan Santai OUM Johor 2011

Sabtu 16 Julai 2011OUMJohor dengan kerjasama Kelab Pelajar OUM Johor telah mengadakan program Sukan Santai OUM Johor 2011. Pelbagai acara permainan in-door telah dilaksanakan, antaranya karom, ping pong dan dart. Acara permainan untuk kanak-kanak (melibatkan anak-anak warga OUM Johor) juga turut diadakan. Gerai-gerai jualan juga turut disediakan. Seramai lebih kurang 100 peserta telah hadir dalam acara tersebut yang terdiri daripada staf-staf, para pelajar, para tutor/fasilitator, serta masyarakat awam berdekatan. Diharapkan dengan penganjuran aktiviti sedekimian, akan dapat memberikan peluang kepada para pelajar untuk beriadah, merapatkan silaturrahim di samping mempraktikkan ilmu dan pengetahuan sebagaimana telah dipelajari di dalam bilik-bilik kuliah. OUMJohor mengucapkan Tahniah dan Terima Kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment