Khamis 5 April 2012 | Sebagaimana lazimnya, pelajar-pelajar yang menduduki kursus HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual kendalian Puan Mariana Tukiman, telah mengadakan suatu Pameran Seni. Bertempat di Bilik G02-G03, pameran yang bertemakan Alam Semulajadi ini telah mendapat sambutan hangat oleh warga OUM Johor. Acara perasmian pameran telah disempurnakan oleh Encik Abdul Rahim Mohamed Amin (Pengarah) dan turut dihadiri oleh Encik Mohd Lokman Abdullah (Timbalan Pengarah). Melalui ucapan perasmian tersebut, Encik Abdul Rahim menegaskan bahawa beberapa hasil karya terbaik akan dipamerkan di lobi OUM Johor secara berkala. Selain daripada ianya menghiasi ruang lobi OUM Johor, ia secara tidak langsung dapat mengiktiraf hasil-hasil kerja seni oleh pelajar-pelajar OUM Johor yang cukup berbakat. Tahniah kepada semua!
No comments:
Post a Comment