Peperiksaan Akhir Semester Januari 2012

Sabtu 7 April 2012 | Akhirnya, Semester Januari 2012 telah sampai ke penghujungnya. Sesi-sesi Peperiksaan Akhir Semester Januari 2012 telah pun bermula, dan akan tamat pada Khamis 26 April 2012. Pihak OUM mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada semua pelajar. Para pelajar diperingatkan untuk mematuhi segala Peraturan Peperiksaan sebagaimana termaktub dalam Leaner's Handbook masing-masing. Selain pelajar-pelajar lazim, OUM Johor turut memiliki pelajar-pelajar berstatus OKU dan Warga Emas yang turut menduduki sesi-sesi peperiksaan. Untuk perincian lanjut berkenaan dengan pelaksanaan sesi-sesi peperiksaan tersebut, para pelajar bolehlah merujuk ke Portal masing-masing atau merujuk Staf Bertugas di Kaunter Pentadbiran OUM Johor. Kami seluruh warga OUM Johor mendoakan kejayaan anda semua. Kejayaan adalah milik mereka yang berusaha dan bertawakkal!

No comments:

Post a Comment