Mesyuarat Operasi Bil.2/2012

Selasa 15 Mei 2012 | Bagi tujuan melancarkan pengoperasian OUM Johor, Encik Abdul Rahim Bin Mohamed Amin selaku Pengarah, telah mengadakan Mesyuarat Operasi OUM Johor. Mesyuarat telah dihadiri oleh Puan Azlina Binti Adnan dan Encik Mohd Lokman Bin Abdullah (selaku Timbalan-timbalan Pengarah) dan Puan Nur Aniza Binti Zainal (Eksekutif Kanan). Antara agenda mesyuarat adalah berkaitan pelaksanaan operasi pusat-pusat pembelajaran, pemasaran, kerjasama strategik, hal ehwal staf, kewangan, pentadbiran dan pelbagai lagi. Diharapkan dengan mesyuarat sebegini, OUM Johor akan dapat beroperasi dengan lancar dan memenuhi matlamat sebagaimana dikehendaki Universiti. Semoga OUM Johor terus cemerlang!

No comments:

Post a Comment