Prebiu Kemasukan Bil.2/Mei 2012

Ahad 13 Mei 2012 | Bersempena dengan Kemasukan Semester Mei 2012, OUM Johor telah mengadakan satu lagi Sesi Prebiu Kemasukan Mei 2012, iaitu rentetan kepada sesi kali pertama yang terdahulu. Sesi pada kali kedua ini telah dikendalikan oleh Encik Abdul Rahim Bin Mohamed Amin (Pengarah OUM Johor). Kehadiran peserta sangat menggalakkan. Sesi soal jawab selepas itu telah dikendalikan bersama oleh Encik Abdul Rahim dan Encik Mohd Lokman Bin Abdullah (Timbalan Pengarah). Diharapkan dengan kehadiran dan respon yang menggalakkan ini akan dapat membantu OUM Johor mencapai target bilangan kemasukan pelajar baru sebagaimana dimaksudkan. Terima kasih diucapkan kepada semua staf yang telah memberikan kerjasama dan bantuan dalam merealisasikan program ini.

No comments:

Post a Comment