Tamat Perkhidmatan : Puan Azlina Adnan

Selasa 19 Jun 2012 | Hari ini Puan Azlina Binti Adnan (Timbalan Pengarah, OUM Batu Pahat) telah  menamatkan perkhidmatan beliau dengan Open University Malaysia. Beliau telah menyertai OUM semenjak tahun 2009 iaitu sebagai Pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi Multimedia, serta dilantik sebagai Timbalan Pengarah (OUM Johor). Majlis penyerahan nota tugas antara beliau dan Encik Abdul Rahim Bin Mohamed Amin (Pengarah) telah disempurnakan di OUM Batu Pahat. Majlis turut dihadiri oleh Encik Mohd Lokman Bin Abdullah (Timbalan Pengarah). Di kesempatan tersebut, Pengarah dan seluruh staf OUM Johor telah merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas segala khidmat dan sumbangan yang telah diberikan beliau sepanjang perkhidmatan beliau di OUM ini. Seterusnya, pihak OUM Johor mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada beliau, dalam apa jua bidang yang beliau sertai kelak.

No comments:

Post a Comment