Bengkel Penyediaan Tugasan

Sabtu 16 Jun 2012 | OUM Johor telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Tugasan, iaitu khusus untuk pelajar-pelajar baru Semester Mei 2012. Seramai 60 orang pelajar baru telah menghadirinya. Perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Abdul Rahim Bin Mohamed Amin, Pengarah OUM Johor. Seterusnya, sesi-sesi bengkel telah dikendalikan bersama oleh Encik Mohd Lokman Bin Abdullah (Timbalan Pengarah) dan Encik Norazlan Bin Nordin (Tutor). Antara aktiviti yang didedahkan kepada para pelajar baru ialah tatacara dan proses penyediaan tugasan ilmiah yang baik dan sempurna, selaras dengan kehendak Universiti. Selain itu, turut diselitkan adalah aktiviti-aktiviti secara berkumpulan (misalnya perbincangan, pembentangan hasil tugasan, penulisan plot tugasan, dan lain-lain lagi). Bagi memeriahkan suasana, pihak Urusetia telah membuat penelitian dan telah memilih sebuah kumpulan yang paling aktif, dan mereka telah menerima hadiah khas. Diharapkan dengan penganjuran bengkel ini, para pelajar baru khususnya akan mendapat pendedahan dan pengalaman terbaik dalam membantu mereka melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar di OUM dengan lebih sempurna lagi.

No comments:

Post a Comment