Pensijilan Pengurusan Telecentre

Rabu 6 Jun 2012 | Bermula hari ini, OUM International akan melaksanakan Program Pensijilan Pengurusan Telecentre.Ia merupakan program latihan kendalian bersama OUMi dengan pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia. OUM Johor hanya berfungsi sebagai penyedia lokasi pembelajaran sahaja. Para peserta merupakan staf-staf di Pusat-pusat Sehenti milik kementerian di seluruh negeri Johor, melibatkan bilangan seramai hampir 30 orang. Dalam program ini, para peserta dilatih untuk memberikan khidmat sehenti kepada masyarakat pelbagai kelompok. Sehubungan dengan itu, program pembelajaran yang disediakan ini akan melibatkan pelbagai aspek berkaitan Pusat-pusat Sehenti. Program ini akan berlangsung pada setiap hari Rabu sehingga 1 Ogos 2012 akan datang. Antara skop-skop pembelajaran yang disediakan ialah pengurusan, pentadbiran, pendidikan, perniagaan, pemasaran, sosio-ekonomi, sosio-sosial, kebudayaan, dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment