Konvokesyen - Jun 2012

Sabtu 9 Jun 2012 | Pada hari ini, OUM mencatat lagi sejarah apabila seramai 990 orang graduan akan menerima skrol masing-masing dalam Majlis Konvokesyen OUM Kali Ke-12. Majlis akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), yang akan disempurnakan bersama oleh YABhg. Tun Jeanne Abdullah (Canselor) dan YABhg Tan Sri Azman Hashim (Pro-canselor). Majlis turut dihadiri oleh kesemua pengurusan tertinggi Universiti, termasuklah YABhg Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali (President/Naib Canselor). Kepada semua graduan, OUM Johor mengucapkan Tahniah & Syabas! Anda semua telah membuktikan betapa, "siapa jua mampu berjaya, asalkan ada kemahuan"!

No comments:

Post a Comment