Penyeliaan oleh OUMKL

Sabtu 23 Jun 2012 | Pusat Pembelajaran Johor telah menerima kehadiran Encik Abd Kadir Bin Othman (Pensyarah, Fakulti Perniagaan & Pengurusan) iaitu bagi menyempurnakan proses penilaian dan pemantauan sesi-sesi pembelajaran yang dilaksanakan. Beliau telah meluangkan masa untuk dua hari berturut-turut. Setelah selesai proses penyeliaan dan pemantauan tersebut, suatu pertemuan tertutup antara beliau dan pengurusan OUM Johor (Pengarah dan Timbalan Pengarah) telah diadakan, iaitu bagi membincangkan dapatan dan situasi-situasi yang berlaku. Diharapkan semoga proses penyeliaan dan pemantauan ini dapat membantu Universiti untuk terus meningkatkan tahap perkhidmatannya kepada klien (pelajar) kita. Pihak OUM Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama memberikan kerjasama kepada beliau.

No comments:

Post a Comment