Hi-tea Pelajar Baru Bersama Pengarah

Ahad 24 Jun 2012 | Buat julung-julung kalinya, OUM Johor telah menganjurkan Program Hi-Tea Pelajar-pelajar Baru Bersama Pengarah. Program yang bermula jam 4.00 petang ini melibatkan pelajar-pelajar baru (Mentee), serta beberapa orang pelajar kanan yang terpilih turut dijemput (Mentor) kepada sesi-sesi yang dilaksanakan. Program dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Encik Abdul Rahim Bin Mohamed Amin (Pengarah). Kemudian, semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan terdiri dengan pelbagai jurusan pengajian, di mana setiap kumpulan turut dianggotai oleh seorang Mentor. Kumpulan dikehendaki membincangkan apakah isu-isu yang berbangkit di kalangan mereka selaku pelajar-pelajar baru di OUM ini. Sementara Mentor pula bertindak sebagai pemberi panduan kepada proses perbincangan tersebut. Bagi memastikan sesi perbincangan tersebut berlangsung sebagaimana dimaksudkan, Encik Abdul Rahim (Pengarah) telah dibantu oleh Encik Mohd Lokman Bin Abdullah (Timbalan Pengarah) dan Encik Cacok@Muhathir (Tutor). Seramai 20 orang pelajar baru telah menghadiri program ini. Dijangkakan sesi kedua akan diadakan sekali lagi pada Sabtu, 30 Jun 2012 akan datang (iaitu untuk pelajar-pelajar lain yang belum hadir pada sesi pertama ini).

No comments:

Post a Comment