Peperiksaan SMP Khas Januari 2012

Jumaat 11 Mei 2012 | Bermula pada hari ini, selama tiga hari, suatu sesi peperiksaan telah dilangsungkan untuk Program Sarjana Muda Perguruan (SMP) Ambilan Khas Januari 2012 telah diadakan. Berikutan dengan tarikh peperiksaan bertindihan dengan sesi-sesi tutorial di Pusat Pembelajaran Johor, maka sesi peperiksaan berkenaan terpaksa dilangsungkan di Aras Bawah, Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai. Seramai hampir 200 orang calon telah terlibat dalam sesi peperiksaan tersebut. Sesi-sesi peperiksaan tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan lancar, tanpa menghadapi banyak permasalahan. Terima kasih diucapkan kepada semua calon yang telah menduduki sesi-sesi peperiksaan tersebut dengan penuh berdisiplin. Juga kepada staf-staf yang bertugas dengan penuh dedikasi.

No comments:

Post a Comment