Hari Pekerja 2012

Selasa 1 Mei 2012 | Bersempena dengan Sambutan Hari Pekerja 2012 ini, seluruh warga kerja OUM Johor ini mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Pekerja" kepada seluruh warga OUM Johor (tidak kiralah samada anda adalah staf OUM sendiri, Tutor/Fasilitator, mahupun Pelajar sekalian!). Bertepatan dengan tema sambutan iaitu "Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi", maka kita selaku warga Pekerja hendaklah memastikan sumbangan kita sebagai seorang Pekerja adalah dapat memenuhi kehendak organisasi di mana kita sedang bekerja.Sesungguhnya, sumbangan kitalah yang menyumbang kepada kesejahteraan kepada negara kita pada hari ini. Selamat Hari Pekerja untuk semua!

No comments:

Post a Comment