Lawatan Verifikasi BPG ke PP Batu Pahat

Sabtu 14 Julai 2012 | PP Batu Pahat telah menerima kehadiran Tn Hj Ibrahim Sakimin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu bertujuan untuk melaksanakan verifikasi pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru-guru. Kehadiran beliau disambut oleh Encik Abdul Rahim Bin Mohamed Amin (Pengarah) serta Encik Mohd Lokman Bin Abdullah (Timbalan Pengarah). Taklimat ringkas telah dikendalikan oleh Encik Abdul Rahim, dan seterusnya sesi perbincangan dua hala yang sangat interaktif dan mesra telah berlangsung. Sebelum bersurai, Encik Abdul Rahim telah menyampaikan cenderahati daripada pihak Universiti. Seterusnya, beliau bersama dengan staf-staf telah sama-sama menikmati jamuan makan tengahari.

No comments:

Post a Comment