Lawatan Khas OUM Kuala Lumpur

Selasa 3 Julai 2012 | Pihak OUM Johor telah menerima Lawatan Khas daripada pengurusan OUM Kuala Lumpur, terdiri daripada YBhg Prof Ir Dr Rosli Bin Hamir (Naib Presiden, Pengurusan Pelajar & Pembangunan Kampus) dan YBhg Puan Hjh Kamariah Binti Mohd Noor (Pendaftar). Mereka tiba tepat jam 9.55 pagi. Sejurus tiba, mereka berdua dan Encik Abdul Rahim Bin Mohamed Amin (Pengarah) telah bersama-sama mengendalikan Sesi Temuduga bagi tujuan pengambilan staf-staf baru untuk Pusat Pembelajaran Johor Bahru dan Batu Pahat. Selesai sesi tersebut, mereka telah mengadakan pula Mesyuarat Khas dengan semua staf (secara berkumpulan dan individu). Seterusnya, mereka berdua telah menikmati Jamuan Makan Tengahari bersama-sama dengan semua staf, iaitu sebelum mereka beredar pulang. Adalah diharapkan semoga dengan kehadiran mereka berdua ini, akan memberikan manafaat kepada OUM Johor (samada untuk staf, mahupun kualiti perkhidmatan kami selaku salah sebuah Pusat Pembelajaran bagi Open University Malaysia).

No comments:

Post a Comment