Prebiu September 2012 (Siri I)

Sabtu 28 Julai 2012 | Berikutan dengan pengambilan pelajar-pelajar baru tidak lama lagi, pihak OUM Johor telah mengadakan Sesi Prebiu Pengambilan September 2012. Antara lokasi terpilih untuk Siri I ini ialah Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang dan Mersing. Sesi penerangan dan taklimat telah disampaikan sendiri oleh Encik Abdul Rahim Bin Mohamed Amin (Pengarah) dan Encik Mohd Lokman Bin Abdullah (Timbalan Pengarah). Dengan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, Encik Abdul Rahim amat optimis bahawa sasaran pelajar baru untuk Semester September 2012 (serta sasaran untuk tahun 2012) bagi PP Johor akan dapat dicapai.

No comments:

Post a Comment