Selasa 14 Ogos 2012 | Bersempena dengan kehadiran Ramadhan dan Syawal nanti, pihak PP Johor juga tidak ketinggalan untuk turut serta berkongsi kegembiraan dengan golongan yang kurang bernasib baik. Untuk itu, PP Johor telah mengadakan Majlis Iftar & Penyampaian Sumbangan Aidilfitri 1433H/2012. Seramai 20 orang anak-anak yatim berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Daerah Kulaijaya) telah dipilih. Majlis ini merupakan program bersama dengan Kelab Pelajar OUM Johor. Pada asalnya, anak-anak yatim ini dijangka hanya akan menerima sepaket Duit Raya dan Hamper sahaja. Walau bagaimanapun, berkat bulan Ramadhan mulia ini, beberapa orang dermawan (yang tidak ingin dikenali) telah tampil menyampaikan sumbangan. Akhirnya, setiap anak yatim telah menerima sekurang-kurangnya 11 paket Duit Raya setiap seorang! Tambah menarik, lebih separuh daripada pelbagai jenis hidangan makanan minuman pula adalah tajaan oleh staf-staf dan pelajar-pelajar. Semoga kemeriahan Syawal yang bakal menjelang nanti akan sama-sama menceriakan anak-anak yatim yang diraikan itu. Tidak lupa, pihak pengurusan PP Johor ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada setiap yang menyumbang, dan setiap yang bersama-sama bergotong-royong. Tanpa kerjasama semua, Majlis ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment