Pendaftaran Pelajar Baru September 2012

Isnin 3 September 2012 | Bermula hari ini, semua pelajar-pelajar baru yang telah menerima Surat Tawaran Kemasukan ke program-program pengajian OUM akan mula mendaftar. Mereka dikehendaki hadir ke Kaunter Pentadbiran OUM Johor untuk menyempurnakan pendaftaran. Langkah-langkah pendaftaran akan dijelaskan oleh staf bertugas. Diperingatkan juga kepada bakal-bakal pelajar untuk membawa bersama salinan FOTOKOPI  dan salinan ASAL dokumen-dokumen penting seperti Kad Pengenalan, PMR/SPM/Diploma/Matrikulasi/Politeknik/Bachelor/setaraf (yang mana berkenaan). Bakal pelajar juga dikehendaki membuat Pembayaran Yuran samada Pembayaran Penuh (dengan diskaun) atau Pembayaran Minimum. Adalah disyorkan kepada bakal pelajar agar dapat menyempurnakan proses pendaftaran ini selewat-lewatnya Jumaat 21 September 2012. Ini kerana, sesi pembelajaran akan bermula pada Sabtu 22 September 2012. Kepada semua bakal pelajar baru, pihak OUM Johor mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Belajar. Kejayaan pasti akan menjadi milik mereka yang cekal dan gigih berusaha (serta bertawakkal kepadaNya).

No comments:

Post a Comment