Professional Diploma In Real Estate

Sabtu 1 September 2012 | Institute of Professional Development (IPD), Open University Malaysia (Kuala Lumpur) telah memulakan sesi pengajian bagi program Professional Diploma In Estate Agency, di OUM Johor. Program pengajian profesional ini merupakan kerjasama dengan pihak Malaysian Institute of Estate Agency (MIEA). Seramai 30 orang pelajar baru telah hadir. Sesi pengajian tersebut telah dimulakan dengan Sesi Pendaftaran oleh Puan Hidayati Kasuma Abdul Hadi (Penolong Pengarah). Sementara itu, sesi Taklimat Program pula telah disampaikan sendiri oleh Puan Angie Chin (Pengurus Kanan, IPD-OUM). Seterusnya, sesi pembelajaran telah dilaksanakan dengan Tutorial 1 oleh Encik Remesh Kumar a/l Damodaran. Program ini adalah terbuka untuk pengamal-pengamal pengurusan hartanah. Maklumat lanjut mengenai program pengajian ini boleh dirujuk pada laman web IPD-OUM atau laman web MIEA.
 

No comments:

Post a Comment