Bengkel Kemahiran Belajar PP Johor Bahru

Ahad 23 September 2012 Bersempena dengan kemasukan pelajar baru Semester September 2012, OUM Johor telah menganjurkan Bengkel Kemahiran Belajar. Bengkel ini adalah diwajibkan kepada semua pelajar baharu yang mendaftar bagi Kemasukan Semester September 2012. Hampir 100 orang peserta telah menghadirkan diri. Perasmian acara telah disempurnakan sendiri oleh Encik Abdul Rahim Bin Mohamed Amin (Pengarah). Seterusnya, sesi-sesi bengkel telah dikendalikan bersama oleh Encik Mohd Lokman Bin Abdullah (Timbalan Pengarah) dan Encik Norazlan Bin Nordin (Tutor). Untuk perkongsian pengalaman sebenar belajar di OUM, pihak OUM telah menjemput seorang pelajar OUM, Encik Romzi Yusuf untuk berkongsi pengalamannya dengan pelajar-pelajar baharu. Pada akhir program, pelajar-pelajar baru telah melafazkan Bacaan Ikrar Pelajar sebagai simbolik bahawa mereka kini telah bergelar pelajar OUM. Selain itu, wakil pemasaran E-Kamus juga turut dijemput untuk membuat pemasaran produk E-Kamus. Diharapkan semoga pelaksanaan program ini dapat membantu para pelajar khususnya pelajar-pelajar baru, kepada sistem dan urus tadbir gaya OUM. Selamat Datang diucapkan kepada semua pelajar baru dan Semoga Berjaya untuk semua!





No comments:

Post a Comment