Seminar Examination Techniques SPM 2012 "English Language"

Sabtu 29 September 2012 | Seramai 80 orang pelajar telah menyertai Seminar Examination Techniques SPM 2012 anjuran Centre for Modern Language, Open University Malaysia, bertempat di OUM Johor. Semua pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar dari lima (5) buah sekolah iaitu, SMK Maahad, SMK Kota Kulai, SMK Sri Rahmat, SMK Sungai Tiram dan SMK Tun Syed Nasir Ismail. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar mengenai teknik-teknik menjawab soalan SPM, khususnya untuk matapelajaran Bahasa Inggeris. Kehadiran para pelajar mendapat alu-aluan oleh Encik Abdul Rahim Bin Mohamed Amin (Pengarah) yang telah memberikan kata-kata perangsang pada awal program tersebut. Seminar telah dijalankan bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Para pelajar tersebut dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan diketuai oleh tenaga pengajar bertauliah yang telah dijemput khas oleh pihak OUM. Di dalam kumpulan itu para pelajar telah berpeluang menjawab contoh soalan SPM dari tahun-tahun lepas. Peserta yang mendapat keputusan ''A'' dalam percubaan SPM yang sudah juga menerima saguhati istimewa dari pihak penganjur. Sepanjang masa seminar, pelajar-pelajar dan semua yang terlibat dihidangkan jamuan yang tersedia. Diharap peserta yang hadir dapat memanfaatkan pengalaman pada hari tersebut dan mendapat keputusan yang memberangsangkan untuk matapelajaran Bahasa Inggeris khususnya.





No comments:

Post a Comment