Lawatan Dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor

Selasa 9 Oktober 2012 | Pihak PP Johor Bahru telah menerima kunjungan daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Johor. Kehadiran pegawai-pegawai berkenaan telah disambut oleh Encik Abdul Rahim Mohamed Amin (Pengarah) dan Encik Mohd Lokman Abdullah (Timbalan Pengarah). Tujuan kehadiran pihak Bomba ke PP Johor Bahru adalah untuk meninjau premis dan bangunan PP Johor Bahru, iaitu bagi memastikan ianya selamat untuk digunakan; khususnya pada masa-masa kecemasan . Di dalam tinjauan yang dijalankan, pihak Bomba memperakukan bahawa pihak PP Johor telah mematuhi arahan-arahan keselamatan dan kebakaran sebagaimana ditetapkan pihak Bomba. Walau bagaimanapun, beberapa penambahbaikan masih perlu dilakukan. Pada akhir sesi lawatan berkenaan, wakil pihak Bomba bersama dengan staf PP Johor Bahru, telah sama-sama menikmati Jamuan Petang yang disediakan.



No comments:

Post a Comment