Calon Anugerah Canselor Majlis Konvokesyen Ke-13

Selasa 9 Oktober 2012 | Tepat pada jam 11 pagi, Encik Abdul Rahim Mohamed Amin (Pengarah) telah menerima kunjungan hormat oleh calon Anugerah Canselor (bagi PP Johor) sempena Majlis Konvokesyen Ke-13 yang dijadualkan akan berlangsung pada 15-18 Disember 2012. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Juliana Ngahdirin, graduan Bachelor of Information Technology With Honors. Beliau telah memperolehi keputusan cemerlang dalam pencapaian akademiknya. Encik Abdul Rahim telah menerangkan cara-cara bagaimana untuk melengkapkan borang pencalonan, membuat semakan semula. Puan Juliana amat terharu di atas bantuan dan galakan yang diterimanya. Selain itu, beliau turut terpilih sebagai calon Anugerah CEMCA (Commonwealth Educational Media Centre for Asia) iaitu anugerah khas yang diberikan kepada mana-mana pelajar terbaik dalam bidang pengajian secara Open Distance Learning (ODL), dan telah menyempurnakan pengajian mereka dalam bidang ICT/Electronic Media/Mass Communication. Sesungguhnya, pihak PP Johor Bahru amat berbangga dengan pencapaian Puan Juliana. Semoga pencapaian cemerlang beliau ini akan menjadi motivasi dan pembakar semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk terus mencipta kejayaan.



1 comment:

  1. Ribuan terima kasih kepada pengarah OUM Johor dan warga kerja OUM Johor di atas segala sokongan dan tunjukajar yang diberikan selama ini.

    ReplyDelete