Lawatan Verifikasi BPG

Ahad 17 Februari 2013 | Pihak PP Johor telah menerima kehadiran Delegasi Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu bagi melaksanakan Verifikasi Program Pensiswazahan Guru (PPG) Bil 1/2013. Encik Abdul Rahim Bin Mohd Amin, Pengarah PP Johor telah menyambut ketibaan delegasi yang dianggotai oleh Tuan Haji Ibrahim Bin Sakimin (Ketua), Encik Herman Bin Mohd Ali dan Encik Jaafar Ali. Tentatif sesi lawatan berkenaan ialah (i) Perjumpaan Tertutup Delegasi-Pelajar, (ii) Taklimat Pengarah, (iii) Perjumpaan Delegasi-Tutor, (iv) Tinjauan Premis, dan diakhiri dengan (v) Jamuan Makan Tengahari. Secara umumnya, pihak BPG telah menzahirkan rasa puas hati mereka dengan proses pelaksanaan program PPG, yang mana telah memenuhi kehendak dan kriteria pihak Kementerian.

No comments:

Post a Comment