Seminar Guru KAFA Mersing

Selasa 19 Februari 2013 | Pihak OUM Johor dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing telah mengadakan Seminar Pendidikan Guru-guru KAFA Daerah Mersing. Program selama separuh hari berkenaan dilaksanakan bertempat di Dewan Pak Malau, Hotel Seri Malaysia Mersing. Seramai 72 orang peserta (guru-guru KAFA) telah hadir. Perasmian program telah disempurnakan sendiri oleh Ustaz Hidris Shahri, Pegawai Pendidikan Agama Daerah Mersing. Sesi seminar pula telah dikendalikan bersama oleh Prof Madya Hazidi Abdul Hamid (Timbalan Dekan, Fakulti Pendidikan & Bahasa) dan Encik Ramli Husin (Timbalan Pengarah, Jabatan Pemasaran). Antara pengisian yang dikongsikan ialah (i) Psikologi Pelajar dan (ii) Tanggungjawab Dan Peranan Pendidik. Program ini turut disertai oleh Encik Abdul Rahim Mohamed Amin (Pengarah) dan Encik Mohd Lokman Abdullah (Timbalan Pengarah). Diharapkan dengan penganjuran program ini akan dapat memangkinkan lagi usaha Universiti untuk membuka Pusat Pembelajaran baru di daerah Mersing ini.

No comments:

Post a Comment