Minum Petang & Taklimat Peperiksaan - Januari 2013

Ahad 24 Mac 2013 | Sebagaimana kelaziman, pihak PP Johor telah menjalankan program Minum Petang dan Taklimat Peperiksaan Semester Januari 2013. Program ini dilaksanakan untuk semua pelajar baru. Program telah dikendalikan oleh Encik Mohd Lokman Abdullah dan Encik Nizam Md Nor (di PP Johor), dan Encik Abdul Rahim Mohamed Amin dan Cik Normila Mohd Sarip (di PP Batu Pahat). Hampir 40 orang pelajar baru masing-masing telah hadir di kedua-dua pusat. Acara dimulakan dengan sesi perbincangan berkumpulan mengenai pandangan mereka mengenai proses pembelajaran. Seterusnya, acara diteruskan dengan taklimat mengenai perjalanan peperiksaan. Secara umumnya, pelajar berpuashati dengan proses pembelajaran yang mereka lalui dalam tempoh semester pertama ini. Walau bagaimanapun, pihak PP Johor percaya bahawa masih ada ruang untuk kita mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kita kepada klien-pelajar kita. Sebelum mereka bersurai, pelajar dan staf-staf telah sama-sama menikmati jamuan yang disediakan.


No comments:

Post a Comment