Facon Education Fair 2013

Sabtu 23 Mac 2013 | PP Johor telah menyertai Facon Education Fair 2013. Program yang berlangsung selama 2 hari itu telah diadakan di Persada Johor. Program ini menghimpunkan pelbagai institusi pengajian awam dan swasta. Usaha ini adalah selaras dengan hasrat Meteor Group iaitu untuk memperkenalkan International Open College (IOC) kepada industri pendidikan tinggi negara, khususnya di kalangan masyarakat Johor. Sepanjang berlangsungnya program ini, sekurang-kurangnya 77 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 telah tampil mendapatkan informasi mengenai program pengajian di IOC. Bilangan ini tidak termasuk mereka yang turut hadir bagi mendapatkan maklumat mengenai program pengajian yang ditawarkan oleh OUM itu sendiri (sambilan). PP Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf-staf yang telah hadir bertugas; Cik Normila Mohd Sarip, Encik Mohd Helmi Syah Md Tahir, Cik Muhaijah Maskor dan Cik Yusafiza Mohd Yusof. Diharapkan dengan penyertaan ini, IOC akan dapat diperkenalkan kepada pelbagai pihak.




No comments:

Post a Comment