Pameran & Promosi IOC

Khamis 21 Mac 2013 | Bersempena dengan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 pada hari ini, pihak PP Johor telah menjalankan aktiviti pameran dan promosi di sekolah terpilih. Sekolah yang telah dikunjungi ialah SMK Dato' Usman Awang, Johor Bahru. Aktiviti berkenaan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Helmi Syah Md Tahir (Penolong Eksekutif Kanan) dan Encik Nordin Mohamad Tab (Pembantu Keselamatan). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah lagi sekolah lain yang akan dikunjungi selepas ini. Aktiviti ini dilaksanakan adalah sebagai salah satu usaha bagi menyokong penubuhan International Open College (IOC), sebuah kolej bersekutu dengan OUM. Program pengajian, kemudahan dan maklumat lanjut mengenai IOC boleh dirujuk pada lelaman web rasmi IOC (klik di sini).

No comments:

Post a Comment