Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013

Ahad 17 Mac 2013 | Kelab Pelajar Dan Alumni OUM Johor bersama dengan Pengurusan OUM Johor telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013 Peringkat OUM Johor. Majlis dimulakan tepat jam 2.45 petang dengan Bacaan Asma Ul Husna dan Selawat Nabi beramai-ramai. Kemudian, Encik Abdul Rahim Mohamed Amin telah menyampaikan Ucapan Alu-aluan beliau. Seusai ucapan oleh Pengarah tadi, majlis diteruskan dengan Ceramah Khas bertajuk "Rasulullah : Meneladani Pembelajaran Sepanjang Hayat" oleh penceramah jemputan. Sebelum menikmati jamuan, Kelab telah sudi menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada penceramah. Walaupun majlis ini meruapakan majlis keraian Nabi Besar Muhammad saw khusus untuk penganut Muslim, tetapi ia turut mendapat sambutan baik daripada pelajar-pelajar bukan Muslim. Kerana inilah cara kita di OUM - membina intergrasi nasional di kalangan masyarat berbilang!


No comments:

Post a Comment