Tutor Colloquium 2013 - Southern Regional

Ahad 10 Mac 2013 | Institute of Teaching And Learning Advancement (ITLA) Open University Malaysia telah menganjurkan Tutor Colloquium 2013 - Southern Regional bertempat di Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru. Program telah sempurna dirasmikan oleh YBhg Prof Dr Mansor Bin Fadzil (Senior Vice President), selaku wakil rasmi YBhg Prof Emeritus Tan Sri Dr Anuwar Bin Ali (President). Seterusnya acara-acara selanjutnya telah dikendalikan oleh YBhg Prof Dr Sha'ari Bin Abdul Hamid (Vice President) dan Prof Dr Safiah (Head, ITLA). Hampir 50 orang Tutor dan Fasilitator telah hadir menyertai program, di mana separuh daripada bilangan tersebut adalah daripada OUM Batu Pahat dan OUM Melaka. Selain daripada dapat mendengar maklumat-maklumat mutakhir mengenai proses-proses pembelajaran di OUM, mereka juga dapat berkongsi pendapat dan buah fikiran serta pengalaman. Ini amat penting bagi memastikan mereka dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan lagi sebagai tenaga pengajar kepada Universiti. Selaku hos bersama dengan ITLA, pihak OUM Johor turut gembira dengan penglibatan dan penyertaan dari kalangan Tutor dan Fasilitator berkenaan. Setiap peserta yang hadir turut menerima cenderahati daripada pihak Universiti. Tahniah diucapkan kepada semua yang hadir!

 







1 comment:

  1. Terima Kasih di atas info dan maklumat yang telah diberikan.. :D

    ReplyDelete