Mesyuarat PPAD Muar

Isnin 22 April 2013 | Bagi memangkinkan lagi kadar pendaftaran pelajar-pelajar baru ke OUM, pihak PP Batu Pahat telah mengadakan Sesi Bengkel & Taklimat Khas kepada staf-staf Pejabat Pendidikan Agama Daerah (PPAD) Muar. Para peserta yang menyertai program berkenaan merupakan staf-staf pentadbiran, serta guru-guru KAFA bagi seluruh daerah Muar. Sesi berkenaan telah dihadiri oleh Encik Abdul Rahim Mohamed Amin (Pengarah) dan Cik Normila Mohd Sarip (Timbalan Pengarah, PP Batu Pahat). Semoga penganjuran program ini dapat membantu meningkatkan lagi kemasukan pelajar-pelajar baru ke OUM.

No comments:

Post a Comment