Karnival Kerjaya 1Malaysia Zon Permas

Khamis 25 April 2013 | Pihak OUM dan SMK Permas Jaya 2 telah menganjurkan program Karnival Kerjaya 1Malaysia Zon Permas. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar sekolah-sekolah menengah di Zon Permas, dalam naungan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Program ini telah mendapat dokongan daripada pihak Dato' Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Selain PP Johor yang membuka kaunter pameran, pihak International Open College (IOC) turut sama. Selain itu, beberapa buah institusi pengajian tinggi lain turut terlibat, antaranya ialah Politeknik Pasir Gudang, Universiti Kuala Lumpur, Kolej Poly-tech MARA, serta beberapa yang lain. Di samping itu, beberapa kaunter daripada agensi-agensi kerajaan turut dibuka. Antaranya ialah Kementerian Kesihatan Malaysia. Program telah dirasmikan oleh Encik Husnizar Ahmad, Wakil Rasmi kepada Pegawai Pendidikan Daerah Mersing. Sesi Taklimat Khas kepada para pelajar pula telah dikendalikan oleh Prof Madya Dr Siti Aishah Hashim Ali (Ketua Eksekutif IOC) dan Encik Abdul Rahim Mohamed Amin (Pengarah PP Johor). Diharapkan dengan penganjuran program sebegini, OUM dan IOC akan turut sama menyumbang kepada perkembangan industri pendidikan tinggi negara, khususnya di sekitar negeri Johor.




No comments:

Post a Comment