Prebiu Mei 2013 - Johor Bahru

Sabtu 20 April 2013 | Sebagaimana biasa, OUM Johor telah menganjurkan Sesi Prebiu sempena Pengambilan Semester Mei 2013. Bertempat di Dewan G, seramai hampir 30 orang calon pelajar telah hadir. Sesi taklimat telah dikendalikan sendiri oleh Encik Abdul Rahim Mohamed Amin (Pengarah). Beliau turut dibantu oleh Encik Mohd Lokman Abdullah (Timbalan Pengarah). Melalui program sebegini, bakal pelajar akan mendapat pendedahan yang jelas dan tepat mengenai peluang-peluang mereka melanjutkan pengajian di OUM. Terima kasih juga diucapkan kepada staf-staf lain yang turut sama membantu dalam melaksanakan sesi ini.



No comments:

Post a Comment