Promosi Pemasaran IOC - SMK Kangkar Pulai

Jumaat 19 April 2013 | PP Johor telah hadir menyertai Pameran Pendidikan anjuran SMK Kangkar Pulai, Skudai. Program tahunan ini dianjurkan khusus untuk memberi peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012 untuk mendapatkan maklumat dan informasi mengenai peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Ia turut disertai oleh kumpulan pelajar Tingkatan Lima semasa (yang bakal menduduki SPM pada tahun 2013 ini). PP Johor diwakili oleh Encik Nizam Md Nor (Penolong Eksekutif Kanan) dan Encik Fikri (Pembantu Pentadbiran Sambilan). Semoga penyertaan PP Johor dalam program ini akan dapat memperkenalkan dan menjenamakan lagi International Open College dalam industri pendidikan tinggi swasta negara.



No comments:

Post a Comment