Pemasaran di PPAD Kulaijaya

Khamis 12 April 2012 | Pihak OUM dan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kulaijaya telah mengadakan sesi taklimat dan prebiu Kemasukan Semester Mei 2012 kepada hampir 40 orang peserta, terdiri daripada Penyelia-penyelia, Guru-guru Besar dan Guru-guru Tadbir bagi seluruh Sekolah Agama Daerah Kulaijaya. Taklimat dikendalikan oleh Encik Mohd Lokman Abdullah (Timbalan Pengarah) dan turut dibantu oleh Puan Nur Aniza Zainal (Eksekutif Kanan). Ia diadakan di Hotel Neuvella, Taman Lagenda Putra. Diharapkan dengan taklimat ini, warga kerja PPAD Kulaijaya mendapat maklumat jelas mengenai peluang-peluang melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat lebih tinggi, khususnya di OUM. Antara program yang disyorkan kepada mereka ialah Diploma In Islamic Studies With Education dan Bachelor (Hons) Islamic Studies (Islamic Management)

No comments:

Post a Comment