Sabtu 14 April 2012 | Bagi Kemasukan Semester Mei 2012 akan datang, OUM Johor telah mengadakan beberapa siri Peperiksaan Kemasukan Felksibel. Siri pertama pada Sabtu 7 April 2012 yang lepas. Siri kedua adalah pada hari ini. Siri ketiga pada Sabtu 21 April 2012. Sementara siri-siri seterusnya akan diadakan pada minggu-minggu akan datang (tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa). Melalui Kemasukan Fleksibel ini, peluang mendapat pendidikan lanjutan/tinggi dapat disamaratakan kepada semua orang. Untuk Kategori A, dengan syarat kemasukan minimum iaitu (i) memiliki PMR/SRP/setara, (ii) berumur sekurang-kurangnya 21 tahun, dan (iii) mempunyai pengalaman bekerja selari dengan program pengajian dipohon; calon-calon yang berjaya dalam peperiksaan khas akan ditawarkan ke program Ijazah Sarjana Muda (Bacelor). Sementara itu, bagi Kategori B pula, calon-calon yang memenuhi syarat-syarat (i) memiliki Diploma diiktiraf/Matrikulasi/setara atau STPM (1 prinsipal)/setara, (ii) berumur sekurang-kurangnya 35 tahun, dan (iii) mempunyai pengalaman bekerja selari dengan program pengajian dipohon; dan berjaya dalam peperiksaan khas akan ditawarkan ke program Ijazah Sarjana (Master). Perincian lanjut mengenai Kemasukan Fleksibel ini bolehlah diajukan ke OUM Johor melalui telefon 07-221-2006 (Mohd Lokman/Nur Aniza) atau emel kepada oumjohor@oum.edu.my.
No comments:
Post a Comment