Pemasaran di PPAD Pontian

Selasa 17 April 2012 | OUM Johor telah menerima jemputan Pejabat Pendidikan Daerah Pontian, Johor; dan seterusnya mengadakan taklimat dan prebiu sempena Kemasukan Semester Mei 2012. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Lokman Bin Abdullah (Timbalan Pengarah) dan dibantu oleh Puan Nur Aniza Binti Zainal (Eksekutif Kanan). Slot berkenaan adalah merupakan tambahan kepada sesi kursus yang sedia dijalankan pihak PPAD Pontian kepada guru-guru sekolah agama negeri Daerah Pontian. Sesi soal jawab juga cukup menggalakkan. Diharapkan dengan pelaksanaan sesi-sesi sebegini, masyarakat di luar sana mempunyai maklumat bahawa Universiti sedang menawarkan peluang belajar kepada sesiapa jua yang ingin meningkatkan tahap iktisas mereka. Ini adalah selaras dengan misi Universiti iaitu untuk "mendemokrasikan pendidikan" termasuklah dalam aspek pendidikan tinggi.    

No comments:

Post a Comment